Rabu, 20 September 2017

Siapa Ahmad Zahid Hamidi, Wakil PM Baru Malaysia?


KUALA LUMPUR, TOPRIAU- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai Timbalan (wakil) Perdana Menteri Malaysia yang baru, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau, yang tetap menjabat sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, telah juga menyandang beberapa jabatan lain dalam pemerintahan Malaysia sebelumnya.

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kemudian menyandang jabatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.
Sebelum menjadi anggota kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pertadbiran kerajaan sebagai Wakil Menteri Pariwisata (Pelancongan) pada tahun 2004 dan Wakil Menteri Penerangan (2006-2008).

Hubungan kerja antara Ahmad Zahid dengan Najib telah agak lama terjalin karena beliau pernah bekerja sebagai setiausaha politik kepada Najib semasa Perdana Menteri pada ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan (kesemuanya dari 1987-1993).

Sebelum daripada itu beliau telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal dari tahun 1991 hingga 1994.
Beliau mula bergiat aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan dari sini, beliau terus mendaki tangga dalam perjuangan politik UMNO peringkat nasional sehingga berjaya terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1996-1999).

Kerja politik beliau kian menyinar apabila terpilih sebagai anggota Majelis Tertinggi UMNO selama dua penggal iaitu bagi 2000-2003 dan 2004-2007. Ahmad Zahid dipilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, beliau telah mengekalkan kursi Parlimen Bagan Datoh untuk penggal kelima selepas menewaskan Madhi Hasan (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti 2,108 undi. Dr Ahmad Ahmad Zahid memperoleh 17,176 undi.

Beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh sejak 1995 dan mengekalkan jabatan itu sehingga sekarang.
Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid pernah menceburi sektor perbankan dan berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC sebagai pegawai bank (1976-1977), di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penolong pengurus (1977-1979) dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN) (1979-1984).

Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan itu telah kemudian membawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dari tahun 1994 hingga 1999 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2000.

Ahmad Zahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai, Rungkup sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Seri Hamidah Khamis, 60, mereka dikurniakan dua puteri Nurulhidayah, Nurulizawani dan tiga putera, Ahmad Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief.

Dari silsilah keturunannya, Ahmad Zahid Hamidi adalah putera dari Raden Hamidi Abdul Fatah dan Tuminah Abdul Jalil, yang sama-sama keturunan Jawa. Orang tua Raden Hamidi adalah pendatang asal Wates, Kulon Progo yang tiba di Semenanjung Malaya pada tahun 1932, sedangkan Tuminah berasal dari Ponorogo. Walikota Yogyakarta, Haryadi Suyuti, adalah sepupu 2 kali Ahmad Zahid Hamidi dari pihak ayah.

Ahmad Zahid Hamidi menikah dengan Datin Hamida Khamis dan dianugerahi 2 puteri (Nurul Hidayah dan Nurul Azwani) 3 putera (Ahmad Khairul Hafiz, Ahmad Syafiq Hazieq, dan Ahmad Asyraf Arief). Nurul Hidayah adalah pembawa acara Inspirasi Ramadhan di RTM. TR